Harry Kane Sah Sertai Bayern Munich
Transfer
FC Bayern Munchen
Advertisements

Penyerang berbisa England, Harry Kane akhirnya sah melengkapkan perpindahan dari Tottenham Hotspur ke Bayern Munich dengan nilai perpindahan £100 juta (RM582 juta).

Perpindahan ini menamatkan ketidaktentuan tentang masa depan Kane yang mempunyai baki kontrak setahun dengan Spurs sebelum ini. Penyerang England itu menyertai Die Roten dengan kontrak selama empat tahun.

Pengerusi lembaga pengarah Bayern, Jan-Christian Dreesen menyifatkan perpindahan Kane bersesuaian dengan DNA kelab yang mementingkan kecemerlangan.

Advertisements

“Ia satu proses yang panjang tetapi kami kini gembira Harry Kane akan menyarung jersi FC Bayarn Munich. Harry Kane merupakan pemain idaman kami sejak dari awal lagi yang dilihat sempurna untuk kami dan DNA kelab dari segi sukan dan perwatakan.

“Penyerang berkelas dunia sentiasa menjadi faktor penting apabila FC Bayern meraikan kejuaraan terbesar mereka dan kami yakin Harry Kane akan meneruskan kisah kejayaan ini. Penyokong tidak sabar melihat antara penyerang terbaik beraksi untuk kelab ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi Kane sendiri, perpindahan ke FC Hollywood dilihat peluang untuk menguji dirinya dengan cabaran baru selepas muncul sebagai antara penyerang paling berbisa di EPL.

Advertisements

“Saya amat gembira menjadi sebahagian daripada FC Bayern sekarang. FC Bayern merupakan antara kelab terbesar di dunia dan saya selalu katakan bahawa saya mahu berpindah dan membuktikan diri saya pada tahap teringgi dalam karier saya.

“FC Bayern sentiasa dikaitkan dengan budaya kemenangannya – rasa seronok berada di sini,” katanya, Kane bakal menyarung jersi nombor sembilan yang pernah disarung penyerang handalan seperti Robert Lewandowski dan legenda Spurs, Jurgen Klinsmann.

Sepanjang lebih sedekad bersama Tottenham, bekas pemain akademi Arsenal itu muncul sebagai penjaring kedua terbanyak EPL sepanjang zaman dengan 213 gol.

Advertisements

Dan pada musim lepas, Kane turut mencipta sejarah sebagai penjaring gol terbanyak Spurs sepanjang zaman dengan 280 gol. Ini sekaligus mengatasi rekod Jimmy Greaves yang menjaringkan 266 gol.

Penyerang England ini dijangka membuat debut bersama Bayern dalam aksi DFL Super Cup menentang RB Leipzig awal pagi esok. Aksi tersebut juga membolehkannya meraih trofi pertama bersama Die Roten sekiranya mereka berjaya mengalahkan Leipzig.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram