Harry Maguire Buat Hal Lagi, Minta Pengadil Hukum Rakan Sepasukan Sendiri
MakanBola
Sky Sports
Sponsors

Kapten kesayangan pasukan Manchester United, Harry Maguire terus menjadi punca kemerosotan prestasi pasukannya sendiri apabila mereka dihukum oleh Everton sebentar tadi.

The Red Devils yang turun dengan mempertaruhkan penyerang lagenda kelab, Cristiano Ronaldo ternyata masih gagal untuk merobek gawang pasukan Everton yang dikendalikan oleh Frank Lampard.

Ad
Sponsors

Hasilnya, pasukan tuan rumah memperoleh jaringan tunggal menerusi pemain sayap, Anthony Gordon sekaligus menyebabkan pasukan pelawat terlepas peluang untuk memperoleh 3 mata.

Ad

Sungguhpun begitu, momen yang mencuri tumpuan para peminat ialah apabila kelibat pertahanan kebangsaan England, Maguire dilihat cuba melakukan tindakan di luar kawalan.

Pemain berusia 29 tahun itu bertindak untuk meminta pengadil memberikan foul ketika perebutan bola berlaku semasa perlawanan berlangsung.

Ad

Namun begitu, beliau dengan secara spontan bertindak untuk mengangkat tangan ketika bola itu terkena rakan sepasukannya, Nemanja Matic.

Ad

Hal ini menimbulkan tanda tanya apabila tindakannya seolah-olah meminta agar pengadil untuk memberikan hukuman kepada Matic.

Ad

Situasi ini juga menyebabkan pasukan kendalian Ralf Ragnick terpaksa berpuas hati untuk pulang dengan penuh kehampaan.

Kini, Manchester United kini berada pada tangga ketujuh liga dengan pungutan sebanyak 51 mata selepas 31 perlawanan sekaligus menyukarkan misi untuk ke pentas Liga Juara-Juara Eropah.