Haziq Nadzli Antara 3 Pemain Harimau Malaya Bakal Barisi Skuad ASEAN All-Stars
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Seramai 3 pemain Harimau Malaya difahamkan bakal membarisi skuad ASEAN All-Stars bagi menghadapi Manchester United pada Mei ini.

Menerusi perkongsian daripada wartawan MakanBola, Syafiq Freman, penjaga gol Harimau Malaya, Haziq Nadzli antara 3 pemain yang dijangka memperkuat pasukan pilihan Asia Tenggara itu.

Ad

Selain itu, dua lagi pemain adalah pertahanan tengah Sabah, Dominic Tan dan tonggak tengah Sri Pahang, Sergio Aguero turut difahamkan akan beraksi menentang kelab gergasi itu.

Ad

”3 wakil Malaysia yang dijangka bersama skuad Asean All Star berhadapan Manchester United: Haziq Nazli, Dominic Tan, Sergio Aguero,” tulis Syafiq Freman di laman X.

Malah, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam turut melaporkan 3 tonggak yang sama bakal menyarung jersi pasukan ASEAN All Stars kali ini.

Ad

Perlawanan ASEAN All-Stars vs Manchester United akan berlangsung pada 28 Mei ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan tiket sudah pun mula dijual secara atas talian.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments