Haziq Nadzli: Terima Kasih Perak
MakanBola
Perak FC
Sponsors

Penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli mengucapkan terima kasih buat Perak bagai tanda pergi meninggalkan pasukan.

Perak ketika ini menjadi sebutan hangat para peminat apabila laporan terkini mengatakan pasukan Seladang itu tidak akan beraksi di Liga Super pada musim hadapan ekoran isu di luar padang.

Ad

Malah, perjumpaan yang diatur oleh pihak pengurusan serta pemain pada Jumaat turut tidak menemui kata putus hingga dilaporkan Perak bakal ucap selamat tinggal kepada saingan musim hadapan.

Ad

“Tamatnya sebuah era, difahamkan Perak FC mengadakan satu perjumpaan bersama pemain pagi tadi dan dikatakan sudah buat keputusan untuk tidak beraksi musim depan,” lapor Zulhelmi Zainal Azam.

Lantaran itu, penjaga gol, Haziq Nadzli memuat naik foto di laman Instagram dengan ucapan terima kasih kepada pihak kelab seakan memberi bayangan meninggalkan pasukan itu.

Ad

”Terima kasih Perak,” tulis Haziq Nadzli ringkas di Instagram.

Ad

Untuk rekod, Haziq menjadi watak penting pasukan Perak di posisi penjaga gol sepanjang musim ini apabila merekodkan 19 penampilan dan 6 aksi tanpa bolos hingga kembali dapat tempat di skuad kebangsaan.

Ad

Kini, masa hadapan Haziq bakal menjadi persoalan dengan Zulhelmi Zainal Azam mengatakan bahawa Kuching City adalah destinasi terbaik buat penjaga gol berusia 27 tahun itu.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments