Hector Bidoglio Beri Sebab JDT Buat Penggiliran Pemain
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim, Hector Bidoglio bangga dengan persembahan yang dipamerkan anak buahnya dalam aksi suku akhir Piala FA 2024 menentang Malaysian University pada semalam.

Meskipun sudah mendahului 5-0 bagi aksi suku akhir pertama, pemain-pemain JDT enggan memandang rendah kemampuan pasukan lawan. Sebaik sahaja permainan bermula, Harimau Selatan terus menerus membuat asakan ke kubu lawan.

Ad

“Apa yang penting dalam bola sepak adalah bermain sebagai satu pasukan, pamerkan persembahan yang dinamik untuk bergelar juara atau menang dalam sesebuah aksi.”

Ad

Pengendali dari Argentina ini juga menjelaskan faktor pertukaran pemain yang dilakukan JDT. Beliau menganggap JDT mempunyai kualiti pemain yang bagus dan pastinya memberi impak yang sepenuhnya apabila diberi kepercayaan untuk bermain.

“Seperti aksi sebelum ini, semua tahu kami sudah jauh mendahului tetapi para pemain terus menyerang sebaik sahaja wisel permainan bermula. Ini kerana bagi kami semua perlawanan adalah penting dan inilah sebab kami membuat penggiliran pemain.”

Ad

“Hasilnya kamu boleh lihat hari ini, semua pemain bekerja keras dan bagi saya sikap inilah yang akan membuat pasukan menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Ad

JDT layak ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Malaysian University dengan agregat 13-0. Skuad Harimau Selatan bakal berdepan Kedah Darul Aman dalam aksi separuh akhir yang juga bakal dilangsungkan dalam format timbal balik pada tarikh dan venue yang akan diumumkan kelak.

Ad