Hector Bidoglio Buka Mulut Selepas JDT Seri Berdepan PDRM
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio akui pasukan PDRM bukan lawan yang mudah buat JDT.

JDT dan PDRM berkongsi mata dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Selayang. Kem Harimau Selatan terpaksa berpuas hati selepas terikat dengan keputusan 1-1 di laman Sang Saka Biru.

Ad

Dalam sidang media selepas perlawanan, ketua jurulatih JDT memberi ulasan tentang persembahan pasukan. Menurut Hector, para pemainnya sudah beraksi dengan baik namun tidak berjaya menjaringkan gol yang banyak.

Ad

“Satu perlawanan yang sukar tapi kita dapat lihat pemain sentiasa cuba untuk jaringkan gol. Kita menguasai perlawanan dengan baik pada separuh masa kedua, ada membuat serangan dan seumpanya namun kita harus terus berusaha untuk perlawanan akan datang.”

Hector Bidoglio tidak menjangka keputusan di Stadium Selayang akan terikat dengan keputusan seri kerana beliau sentiasa meletakkan sasaran untuk menang dalam setiap perlawanan.

Ad

“Saya sentiasa target untuk menang tapi inilah bola sepak, semua pasukan bekerja keras. Bagi kami semua perlawanan adalah sukar, saya sukakan kemenangan dan pemain telah bekerja keras setiap masa,” ujar Hector Bidoglio.

Ad

JDT selepas ini akan menumpukan fokus kepada saingan Piala FA berdepan Kedah Darul Aman dalam aksi separuh akhir. JDT ketika ini mendahului dengan kelebihan satu jaringan dan akan memburu slot ke pentas final Piala FA dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad, 4 Ogos 2024.

Ad