Hector Bidoglio Puji Komitmen Hebat Pemain JDT Tewaskan Selangor
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidiglio memuji aksi luar biasa selepas menundukkan Selangor dengan keputusan 3-0.

Skuad Harimau Selatan turun dengan barisan terbaik dengan beberapa muka penting berada dalam kesebelasan utama seperti Syihan Hazmi, Natxo Insa, Bergson dan Arif Aiman.

Ad

Pengendali kelahiran Argentina itu memuji persembahan hebat yang dipamerkan oleh anak buahnya sungguhpun beraksi di tempat lawan.

Ad

Kerja keras skuad Harimau Selatan membuahkan hasil apabila JDT meraih 3 mata di tempat lawan apabila menundukkan Selangor di Stadium MBPJ.

Beliau bagaimanapun tidak mahu anak buahnya leka sebaliknya mahu memastikan fokus pemain terarah dari satu aksi kepada aksi berikutnya.

Ad

“Kami perlu terus bekerja untuk menambah baik pasukan dan beraksi sebagai satu pasukan. Kami beraksi di Liga Super, Piala Malaysia dan ACLE.

Ad

“JDT beraksi hampir 3-4 hari sekali. Jadi, saya perlu menentukan sebaik mungkin pemain yang bakal diturunkan. 3 mata ini penting tetapi fokus kami adalah satu aksi ke satu aksi kerana musim masih panjang,” jelasnya selepas perlawanan.

Ad

Beliau juga melihat bahawa anak buahnya beraksi dengan begitu dinamik sungguhpun diberikan tentangan hebat daripada tuan rumah.

“JDT beraksi amat baik, berintensiti tinggi, dinamik & tidak mudah memberikan lawan bola.

“Aksi separuh masa pertama, kami berjaya mencari pemain di ruangan kosong dan menjaringkan gol. Babak kedua pula JDT lebih banyak mengawal bola dan menyerap tekanan lawan,” tambahnya.

Aksi seterusnya menyaksikan JDT akan bertemu Negeri Sembilan di gelanggang lawan manakala Selangor akan menentang Kedah pada 2 November 2024.