Hector Hevel Jadi Watak Penting Portimonense Tamat Kemarau 5 Aksi
MakanBola
FC Pacos de Ferreira
Sponsors

Pemain tengah Harimau Malaya, Hector Hevel ceria apabila membantu Portimonense meraih kemenangan penting ke atas Pacos de Ferreira.

Selepas tewas 2-0 kepada Chaves pada 12 April lalu, kelab itu berpotensi diheret kembali dalam pertarungan mengelak penyingkiran ke Liga 3.

Ad

Ini kerana Portimonense dan Pacos de Ferreira masing-masing memiliki 30 mata, satu mata di hadapan Porto B yang menduduki tangga ke-16 Liga Portugal 2.

Ad

Situasi ini mendorong jurulatih Alvinegros, Ricardo Pessoa menurunkan barisan terkuat menentang Pacos de Ferreira. Ini termasuk Hevel yang membuat penampilan kesembilan bersama Portimonense.

Tamble membuka tirai jaringan Alvinegros pada minit ke-28 menerusi sepakan penalti. Ini selepas pengadil mengesan kekasaran ke atas beliau dalam kotak penalti oleh pemain pelawat.

Ad

Portimonense menggandakan kelebihan mereka pada minit ke-43 menerusi penalti Paulo Vitor. Penalti diberi selepas VAR mengesan kekasaran ke atas pemain kelab itu dalam kotak penalti.

Ad

Bersambung selepas rehat, Portimonense berusaha menambah kelebihan jaringan tetapi tidak berhasil. Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Ad

Ini kali pertama Alvinegros menang sejak menewaskan Leixoes 2-1 sejak 2 Mac lalu. Kemenangan itu juga membolehkan Portimonense mengumpul 33 mata di tempat ke-13.

Kini, fokus Hevel dan Portimonense beralih kepada aksi menentang Tondela pada 27 April.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments