Hein Htet Aung Tak Boleh Beraksi Berdepan Selangor?
MakanBola
Selangor FC/Negeri Sembilan FC
Sponsors

Negeri Sembilan FC terpaksa melupakan khidmat pemain sayap Myanmar, Hein Htet Aung menjelang aksi Liga Super menentang Selangor.

Ini kerana Htet Aung merupakan pemain yang dipinjamkan Merah Kuning kepada skuad Hoben Jang Hoben itu untuk musim 2024/25.

Ad

Perkara ini turut diakui pemain sayap berusia 23 tahun itu apabila ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam baru-baru ini.

Ad

Htet Aung mengakui beliau tidak pasti sama ada akan dapat diturunkan untuk perlawanan tersebut atau tidak.

Pada masa sama, beliau percaya Negeri Sembilan akan menggunakan perlawanan menentang Selangor sebagai medan kebangkitan selepas tewas 3-1 kepada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Ad

“Saya tak boleh bermain sebab mereka (Selangor) tak beri keizinan kepada saya (untuk bermain). Saya tak tahu, saya tak pasti lagi.

Ad

“Saya percaya kita (Negeri Sembilan) akan beraksi lebih cemerlang lagi daripada hari ini (perlawanan menentang JDT),” katanya.

Ad

Meskipun tewas, Htet Aung membantu Negeri Sembilan meleburkan hajat JDT meraih rekod tanpa bolos pertama dalam liga musim ini. Ini selepas beliau menjaringkan gol pada minit ke-28.

Skuad Hoben Jang Hoben bakal berdepan Merah Kuning di Stadium MBPJ pada hujung minggu ini.