Hendrio & Rimario Gordon Bakal Perkuat Skuad Vietnam
MakanBola
TXNDFC/BBDFC
Sponsors

Dua penyerang import berpotensi menjadi calon pemain naturalisasi Vietnam yang seterusnya.

Dua pemain tersebut ialah bintang Nam Dinh FC, Hendrio dan penyerang Becamex Binh Duong dari Jamaica, Rimario Gordon.

Ad

TheThao247 melaporkan Hendrio dan Gordon berpotensi menyertai seorang lagi bintang naturalisasi Vietnam, Nguyen Xuan Son untuk aksi timbal balik kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac 2026.

Ad

Ini kerana pada ketika itu, Xuan Son atau nama sebenarnya Rafaelson sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan serius yang dialami dalam aksi final pertama ASEAN Championship 2024.

Hendrio sebelum ini sudah menyatakan hasrat untuk mewakili Pahlawan Bintang Emas di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, beliau perlu menunggu sehingga tahun 2026 bagi melengkapkan proses naturalisasi.

Ad

Gordon pula diharap sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan ligamen serius yang dialami pada tahun 2024.

Ad

Ini kerana presiden kelab Thanh Hoa, Cao Tien Doan mahu membantu beliau melengkapkan proses naturalisasi selepas pulih daripada kecederaan.

Ad

Peluang Gordon dijangka cerah memandangkan beliau sudah berada di Vietnam sejak 2018. Sepanjang bersama Thanh Hoa, beliau telah menjaringkan 22 gol dalam 51 penampilan.

Selain Hendrio dan Gordon, Vietnam juga bakal diperkuat pemain pertahanan Cong An Ha Noi FC (CAHN FC), Jason Pendant Quang Vinh. Quang Vinh baru melengkapkan proses naturalisasinya baru-baru ini.

Pemain pertahanan CAHN itu dijangka dipanggil Kim Sang-sik untuk aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Malaysia pada 10 Jun ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments