Hentikan Perbandingan Antara Luqman Hakim Dan Suphanat Mueanta
Blog
FA Malaysia / FA Thailand
Advertisements

Walaupun memiliki umur yang sama dan beraksi di posisi yang sama namun penyerang skuad muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin dan penyerang berbisa Thailand, Suphanat Mueanta menjadi perhatian ramai dengan kedua-dua mereka diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan dalam aksi Malaysia menentang Thailand pada aksi Piala Asia Bawah 23 (B-23) baru-baru ini.

Seperti yang diketahui, Suphanat bukanlah seorang pemain yang biasa-biasa apabila pemain muda berusia 20 tahun ini sudah menjaringkan tiga gol dari lapan penampilan di peringkat senior dan dalam perlawanan semalam, Suphanat Mueanta berjaya meledak dua gol untuk membantu Thailand membelasah Malaysia 3-0.

Dalam perlawanan tersebut, Luqman Hakim dilihat agak bergelut untuk menampilkan aksi berkualiti apabila dilihat jarang mendapat bola dan juga jarang membuat larian-larian pantas seperti kebiasaan yang beliau lakukan sebelum ini. Luqman akhirnya dikeluarkan pada minit ke-63 dan digantikan oleh Syahir Bashah.

Advertisements

Penulis The Star, T. Avineshwaran meluahkan pendapat di laman twitter beliau dan berpendapat seharusnya perbandingan antara Luqman dan Suphanat perlu dihentikan segera kerana pemain Thailand itu sudah berada di tahap yang jauh berbeza dari Luqman.

Beliau juga berharap Luqman mendapat minit permainan di Belgium walaupun jika melihat prestasi beliau sekarang ternyata agak sukar.

Terdapat komen yang ditinggalkan oleh para pengikutnya yang turut bersetuju denga pendapat T. Avineshwaran dan berpendapat Luqman seharusnya dipinjamkan ke kelab lain untuk memberikan minit permaianan buat Luqman memandangkan kelabnya di Belgium, KV Kortrijk lebih berminat untuk menandatangani penyerang yang akan membarisi kesebelasan utama.

Advertisements

Walaupun gagal menyerlah dalam perlawanan menentang Thailand, Luqman perlu ‘move on’ sesegera mungkin kerana terdapat satu perlawanan terakhir kumpulan menentang Vietnam dan ianya peluang terbaik buat Luqman Hakim menebus kehampaan dengan menampilkan aksi terbaik dalam perlawanan tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram