Advertising
Herlison Caion Catat Hatrik Di Vietnaam
Asia Tenggara
MakanBola
Hanoi FC

Bekas penyerang KL City FC, Herlison Caion terus membuktikan sentuhannya kekal berbisa dengan mencipta hatrik buat kelab barunya dari Vietnam, Hanoi semalam.

Lebih menarik, ia dicatat dalam penampilan ketiganya bersama mereka bila meraih kemenangan 4-2 ke atas Topenland Binh Dinh.

Ad

Selepas ketinggalan kepada pelawat pada separuh masa pertama menerusi Rafaelson, Caion menjadi pemusnah kelab yang diberi jolokan Land of the Martial Arts itu.

Ad

Selepas menyamakan kedudukan untuk The Purple pada minit ke-58, bekas penyerang Selangor FC itu menyumbat gol kedua tuan rumah pada minit ke-66.

Huynh Tien Dat menyangka dapat membantu Binh Dinh meraih satu mata menerusi gol penyamaan pada minit ke-73.

Ad

Tetapi Nguyen Van Vi dan Caion memastikan kemenangan Hanoi menerusi jaringan pada minit ke-83 dan 95. Kemenangan itu memastikan Hanoi kekal di tempat kedua V. League 1 dengan 25 mata.

Ad