Herve Renard Tertarik Kemudi Korea Selatan Ke Piala Dunia 2026
Asia
France FF
Advertisements

Jurulatih skuad bola sepak wanita Perancis, Herve Renard menyatakan minat menjadi jurulatih Korea Selatan.

Hasrat jurulatih berusia 55 tahun itu dinyatakan kepada portal Sports Chosun baru-baru ini. Renard melihat dengan menjadi jurulatih Pahlawan Taeguk, ini bakal merealisasikan impiannya buat sekian lama.

“Saya mahu menyertai Piala Dunia 2026 bersama skuad senior Korea Selatan. Meskipun beberapa pasukan menyatakan minat (mendapatkan khidmat saya), keutamaan saya ialah pasukan kebangsaan Korea Selatan,” katanya.

Advertisements

Nama Renard menjadi tumpuan apabila membimbing Zambia muncul juara African Cup of Nations (AFCON) 2012.

Beliau kemudiannya berjaya membimbing Maghribi dan Arab Saudi layak ke Piala Dunia edisi 2018 dan 2022.

Advertisements

Selepas direkrut sebagai jurulatih skuad bola sepak wanita Perancis, Renard membimbing pasukan itu layak ke separuh akhir Piala Dunia Wanita 2023.

Disebabkan pencapaiannya itu, khidmatnya sentiasa dalam radar Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) sejak 2018.

Advertisements

Malah, jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon yang ketika itu mengetuai Jawatankuasa Pengukuhan Skuad Kebangsaan Korea Selatan KFA meletakkan nama Renard sebagai pilihan utama menggantikan Shin Tae-yong.

Malangnya, usaha tersebut tidak berhasil. KFA kemudiannya memilih jurulatih Portugal, Paulo Bento sebagai jurulatih baru Pahlawan Taeguk atas cadangan Pan-gon.

Advertisements

Kini, nama Renard tersenarai dalam senarai 11 jurulatih yang diharap dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan jurulatih Jerman, Jurgen Klinsmann.

Meskipun KFA belum mengumumkan siapa jurulatih yang menjadi pilihan utama mereka, bekas pengendali Sochaux itu sedia memenuhi syarat yang ditetapkan badan induk bola sepak Korea Selatan itu.

Ini termasuklah tinggal di Korea Selatan – sesuatu yang gagal dilakukan Klinsmann semasa bergelar jurulatih dari Februari 2023 hingga Februari 2024. Malah, Renard juga sedia memberi input kepada pembangunan bola sepak Korea Selatan.

“Sekiranya saya menjadi jurulatih Korea Selatan, saya akan tinggal di Seoul. Saya akan lakukan apa saja demi pembangunan bola sepak Korea Selatan.

“Korea Selatan berjaya layak ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia (2022) di Qatar (dengan) pemain berkelas dunia seperti Son Heung-min, Kim Min-jae, and Lee Kang-in.

“Korea Selatan dengan satu pasukan yang kuat boleh mara ke suku akhir atau separuh akhir Piala Dunia Ameria Utara dan Tengah. Saya ingin berkongsi peluang ini dengan mereka,” ujarnya.

Sekiranya KFA inginkan khidmat Renard, isu kontrak tidak akan menjadi isu. Ini kerana beliau sudah menyatakan akan meninggalkan pasukan bola sepak wanita Perancis selepas tamat Sukan Olimpik 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram