Malaysia bangkit dari ketinggalan 0-1 membenam cabaran Kepulauan Solomon 4-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.
Jaringan Paulo Josue, Arif Aiman, Safawi Rasid dan Lee Tuck pastikan Malaysia terus mencatat unjuran positif dalam pengutan mata ranking FIFA selepas sebelum ini berjaya menewaskan Turkmenistan dan Hong Kong.
Jaringan berkelas dunia 3 sentuhan Safawi Rasid seolah-olah menandakan kebangkitan sebenar Safawi Rasid yang sebelum ini bergelut mencapai prestasi cemerlang seperti sebelum ini.
GOL!!!
Malaysia 3-1 Kepulauan Solomon
77' Safawi Rasid#HarimauMalaya pic.twitter.com/tQzAdXTyoN— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 14, 2023
Arif Aiman pula berjaya menjaringkan gol sulong bersama skuad kebangsaan sekaligus mempamerkan wajah kepuasan buat pemain muda JDT tersebut.
Kemenangan ke atas Kepulauan Solomon ini juga memberikan Malaysia anggaran tambahan mata FIFA sebanyak 5.20 sekaligus menghampiri mata pungutan Filipina yang kini berada di ranking ke-136 dunia.
Malaysia dijadualkan bertemu Papua New Guinea pada 20 Jun ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.