Hoki Piala Dunia Remaja: Kebangkitan Malaysia Gagal Sekat Kemaraan Belgium
UltraSukan
Hokita

Skuad hoki remaja negara terpaksa akur dengan kehebatan pasukan di ranking kelima dunia, Belgium meskipun mempamerkan kebangkitan luar biasa sebelum kecundang dalam aksi kualifikasi 9-12 Hoki Piala Dunia Remaja 2023.

Di awal suku pertama, permainan seimbang dipamerkan kedua-kedua pasukan dalam misi mencari jaringan awal namun penguasaan bola jelas berpihak kepada skuad The Young Tigers.

Ad

Belgium terlebih dahulu menguji gawang negara menerusi pukul sudut penalti Lucas Balthazar namun penjaga gol negara, Mohamad Rafaizul berjaya menampan pukulan deras serta percubaan susulan selepas itu.

Ad

Malaysia kemudiannya berpeluang memecah kebuntuan menerusi pukulan sudut penalti Shahmie Irfan namun ketangkasan penjaga gol Belgium, Boris Feldheim berjaya menafikan pukulan tersebut.

Suku kedua menyaksikan skuad Belgium cuba meningkatkan intensiti permainan walaupon beraksi dalam keadaan hujan lebat dengan beberapa gerakan merbahaya yang mampu mengugat kubu negara.

Ad

Usaha tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila pukulan deras pemain penyerang, Max Luyten berjaya menembusi gawang Malaysia untuk menjadikan kedudukan 1-0 memihak Belgium sehingga tamat separuh masa pertama.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Malaysia 0-1 Belgium.

Aksi separuh kedua terpaksa bermula sedikit lewat disebabkan faktor cuaca hujan lebat dan kilat yang berlaku di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Aksi babak kedua bersambung, Malaysia beraksi lebih kemas khususnya di bahagian serangan namun Belgium berjaya menggandakan jaringan apabila Hugo Labouchere memanfaatkan pukulan sudut penalti pada minit ke-36.

Tidak mudah mengalah, anak-anak buah Amin Rahim terus mengasak dan akhirnya memperoleh jaringan pertama menerusi gerakan solo Adam Ashraf seminit kemudian.

Malaysia terus bernafsu mencari gol penyamaan dengan beberapa siri percubaan ke arah gawang Belgium namun penjaga gol Belgium, Boris Feldheim mempamerkan aksi mantap untuk menyelamatkan gawangnya.

Semangat tidak mudah mengalah yang dipamerkan The Young Tigers akhirnya terbalas apabila pengadil menghadiahkan penalti stroke dan Harris Othman dengan tenang menyempurnakannya untuk menjadikan kedudukan 2-2.

Tamat masa sebenar permainan, Malaysia terikat seri 2-2 dengan Belgium.

Perlawanan berlanjutan ke penentuan pukulan penalti, menyaksikan Malaysia dan Belgium dengan tenang berjaya menyempurnakan tiga pukulan awal.

Namun, Alfarico Liau yang ditugaskan mengambil pukulan keempat Malaysia gagal menyempurnakannya sebelum kapten Belgium, Guillermo Hainaut mengesahkan kemenangan 5-3 menerusi pukulan penalti kepada pasukannya itu.

Perjuangan anak-anak buah Amin Rahim tidak terhenti di situ apabila akan turun beraksi dalam kualifikasi 10-11 menentang sama ada pasukan New Zealand atau Afrika Selatan pada Jumaat.