Hoki Piala Sultan Johor: India Tewaskan Malaysia
UltraSukan
Hokita
Sponsors

Skuad hoki junior Malaysia mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam Kumpulan B Piala Sultan Johor apabila tewas 3-1 kepada India.

Kedua-dua pasukan turun dengan misi berbeza hari ini. Malaysia berharap dapat meraih mata pertama selepas dikecewakan New Zealand dalam aksi pertama Kumpulan B semalam.

Ad
Sponsors

Sementara India pula memburu kemenangan pertama dalam kumpulan selepas diikat seri 3-3 dengan musuh tradisi, Pakistan semalam.

Ad

Tuan rumah tidak menunggu lama membuka tirai jaringan menerusi pukulan penalti Shahmie Irfan Suhaimi pada minit ke-13.

Begitupun, India memastikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 menerusi Aditya Arjun Lalage pada minit ke-28.

Ad

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus mengintai peluang menambah kelebihan jaringan.

Ad

India akhirnya mendahului pada minit ke-37 menerusi pukulan sudut penalti Amandeep Lakra.

Malaysia yang dibimbing bekas pemain hoki negara, Muhammad Amin Rahim berusaha memburu gol penyamaan.

Rohit memastikan kemenangan India dengan gol ketiga pada minit ke-54. Keadaan ini menyaksikan Malaysia kekal di tangga tercorot Kumpulan B selepas dua perlawanan.

Sementara India pula menduduki tangga kedua Kumpulan B. Walaupun berkongsi empat mata daripada dua perlawanan, Pakistan mendahului dari segi kelebihan jaringan.

Ini selepas mereka mengatasi New Zealand 3-2 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B hari ini.