Advertising
Hong Myung-bo Salahkan Kerja Berpasukan Ulsan Hyundai
MakanBola

Ketua jurulatih Ulsan Hyundai, Hong Myung bo sedar punca sebenar yang dialami anak buahnya ketika tewas 0-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan I menentang Kawasaki Frontale.

Ulsan Hyundai terpaksa berputih mata pada babak akhir permainan apabila jaringan lewat kapten Kawasaki Frontale memadam hasrat tiga mata Ulsan di Stadium Olahraga Todoroki di Kawasaki, Jepun.

Ad

Ketika sesi sidang media selepas perlawanan, Hong menjelaskan para pemainnya beraksi sebagaimana dirancang. Bagaimanapun barisan serangan mereka tumpul ketika menyerang.

Ad

“Walaupun kami tewas, secara keseluruhan ia berjalan seperti yang dirancang. Terdapat beberapa serangan dari lawan pada babak akhir permainan dan pemain-pemain saya tidak dapat mengatasinya dengan baik.”

Mengulas tentang jaringan pada minit akhir permainan, Hong akui pemain Ulsan sedikit hilang komunikasi dan tiada kerja berpasukan.

Ad

“Taktikal bertahan kurang baik, dan akibatnya gol itu terhasil. Saya melihat kerja berpasukan antara pemain sedikit mengecewakan.”

Ad

“Saya akan melupakan perlawanan hari ini dan bersedia dengan baik untuk perlawanan Liga K-1 hujung minggu ini. Adalah penting untuk mengekalkan pengalaman permainan ini dan bersedia dengan baik,” ujar Hong seperti yang dipetik dari SportChosun.

Ad

Ulsan Hyundai bakal meneruskan kempen Liga Korea berdepan Incheon sebelum melayan kunjungan wakil dari Malaysia, Johor Darul Ta’zim pada 24 Oktober untuk saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023.