Hong Wan: Berpindah Ke JDT Adalah Keputusan Terbaik Dalam Hidup Saya
Liga Super
JST
Advertisements

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hong Wan menyifatkan keputusan berpindah ke pasukan itu sebagai keputusan terbaik yang dibuat dalam hidupnya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan apabila beliau ditemubual BBC Sport pada 8 Disember lalu.

Semasa menyertai Harimau Selatan pada 2021, pemilik nama sebenar Nathaniel Shio Hong Wan itu mengakui tidak mengetahui tentang kualiti JDT apabila mendapat tawaran pada 2020.

Advertisements

Walaupun beraksi dalam skuad remaja Wolverhampton Wanderers, peluang beraksi bersama pasukan utama dianggap tipis.

Namun begitu, segalanya berubah apabila Hong Wan memilih menerima tawaran JDT dan menjejakkan kaki di bumi Johor.

Dengan nama-nama seperti Leandro Velasquez dan Natxo Insa dalam kesebelasan utama ketika itu, beliau perlu bekerja keras untuk meletakkan dirinya dalam kesebelasan utama.

Advertisements

“Saya rasa bila anda di England, anda tidak tahu kualiti (pasukan) di tempat lain. Saya kena beradaptasi dengan cepat, saya tak boleh masuk (ke dalam kesebelasan utama) dan (jika berpeluang, saya perlu) melakukannya dengan cepat dan yakin,” katanya kepada wartawan BBC Sport, Andy McGrath.

Hong Wan turut memuji impak yang dibawa pemilik pasukan, Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Ini kerana baginda sentiasa menitikberatkan mentaliti kemenangan dalam pasukan walaupun selepas meraih pelbagai trofi baik di peringkat domestik mahupun benua. Ini termasuk kejayaan menjulang Piala Malaysia 2023 semalam.

Advertisements

“Baginda memberikan kami segalanya dan memberi dorongan kepada kami. Baginda sentiasa mendorong kami agar tidak merasa cukup dengan kemenangan 1-0 atau 2-0.

“Tahun ini, kita telah tewaskan semua pasukan dan baginda akan pasti minta lebih lagi. Saya fikir budaya kelab ini diturunkan daripada mentaliti TMJ,” tambahnya.

Mentaliti ini diharap dapat diteruskan apabila JDT bertemu dengan Penang untuk aksi terakhir Liga Super pada 16 Disember ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram