Hugo Duro Bukan Lagi Bahan Jenaka Valencia
La Liga
Jose Miguel Fernandez/NurPhoto/Shutterstock
Advertisements

Dua tahun lepas, sebut saja nama Hugo Duro, ia mengundang gelak ketawa dalam kalangan penyokong Valencia. Tetapi musim ini, semua itu berubah. Di mata penyokong Los Che, Duro kini dijulang sebagai hero baru kelab musim 2021/2022.

Jadi, mengapa beliau menjadi bahan jenaka pemain dan penyokong Valencia? Semuanya bermula pada Januari 2019. Pada ketika itu, Valencia bertemu dengan kelab lamanya Getafe untuk pusingan kedua suku akhir Copa del Rey (Piala Raja Sepanyol). Pada ketika itu, Azulones mendahului 1-0 pada perlawanan pusingan pertama.

Dan untuk perlawanan kedua, Jorge Molina (kini di Granada CF) melebarkan lagi kedudukan walaupun Rodrigo Moreno (kini di Leeds United) menjaringkan gol penyamaan pada babak kedua. Los Che perlu menjaringkan dua gol jika mahu mara ke separuh akhir. Jika tidak, Getafe akan mara dengan kelebihan gol di tempat lawan.

Advertisements

Lantas, Rodrigo sekali lagi menyumbat gol penyamaan untuk menyamakan agregat pada minit ke-92. Selepas perlawanan disambung semula, Molina segera melarikan bola ke bahagian padang Valencia. Dengan gawang Los Che menanti untuk ditewaskan, dia menyepak bola kencang ke arah pintu gol.

Malangnya, bola tersebut tidak menggegar jaring selepas dihalang secara tidak sengaja oleh Duro. Dia ketika itu turun sebagai pemain gantian. Peluang itu segera direbut oleh Los Che menerusi serangan balas diketuai Kevin Garneiro. Garneiro yang berlari di sayap kanan melorongkan bola kepada Rodrigo untuk menjaringkan gol kemenangan.

Ironinya, wujud perbezaan 12 saat untuk hadangan Duro dan gol kemenangan Rodrigo. Dan pada akhir musim, pemain dan penyokong tersenyum lebar kerana menjulang Copa del Rey selepas menewaskan Barcelona di pentas final. Sejak itu, nama Duro popular terutama menerusi petikan kata-kata pengulas, “Toco en Hugo Duro!” (Bola terkena Hugo Duro!)

Advertisements

Tetapi pada musim ini, semuanya berubah. Ini selepas pemilik kelab Peter Lim membawa masuk Jose Bordalas dari Getafe. Dan antara pemain yang dibawa masuk ialah Duro. Tetapi Duro membayar kembali kepercayaan bos lamanya dengan menjaringkan enam gol dalam 18 perlawanan musim ini.

Dia bukan saja menjaringkan gol semasa menentang Real Madrid dan Sevilla pada September. Malah, dia menjaringkan dua gol penyamaan bagi membantu Los Che mengikat juara musim lepas, Atletico Madrid 3-3 pada November lepas. Duro juga bertanggungjawab menjaringkan gol kemenangan menentang Cadiz pada suku akhir Copa del Rey musim ini.

https://www.youtube.com/watch?v=vZ6MHY0zsII

Kini, dia berpeluang untuk menebus semula kesilapan lamanya tiga tahun lepas. Ironinya, lawan Valencia di separuh akhir ialah bekas jurulatih lama mereka, Marcelino. Marcelino yang kini mengendalikan Athletic Bilbao pasti mahu mengulangi magis sama tiga tahun lepas. Tetapi Duro berharap golnya dapat membantu Los Che mara ke final.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram