Hutang Man United Cecah RM4.6 Bilion
EPL
Manchester United
Advertisements

Man United kini berdepan hutang yang mencecah RM4.6 bilion.

Tanggungan hutang tersebut merupakan sebahagian daripada laporan kewangan untuk suku tahunan keempat sehingga 31 Disember 2023.

Manchester Evening News melaporkan United merekodkan pendapatan sebanyak £225.8 juta (RM1.35 bilion), pendapatan itu disumbang oleh penyertaan mereka dalam Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Advertisements

Dengan United tersingkir di peringkat kumpulan, pencapaian itu dijangka memberi kesan dari segi kewangan untuk laporan suku tahunan seterusnya.

Laporan sama turut menyentuh pelaburan yang dibuat pemilik saham minoriti, Sir Jim Ratcliffe. Ratcliffe dilaporkan bakal menyuntik £78 juta (RM467 juta) untuk membantu kelab berkenaan.

Selepas sah bergelar pemilik saham minoriti The Red Devils, Ratcliffe telah mula melakukan perubahan kepada pengurusan bola sepak kelab.

Advertisements

Ini termasuk melantik Omar Berrada sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) menggantikan Richard Arnold. Sementara pengarah sukan Newcastle, Dan Ashworth dilaporkan mahu dibawa mengisi jawatan sama di Old Trafford.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram