Advertisement
Idea Bisnes ‘Eksklusif’ Terengganu FC Terima Maklum Balas Positif
Bisnes
MakanBola
Terengganu FC

Idea penerbangan eksklusif diperkenalkan Terengganu FC kepada penyokongnya menerima maklum balas positif dari penyokong bola sepak Terengganu.

“Pihak Terengganu FC ingin menawarkan pengalaman serta kenangan terindah pada penyokong tegar pasukan ini untuk ke perlawanan separuh akhir ke-2 TM Piala Malaysia bersama-sama pasukan ini! Dengan kerjasama pihak Air Asia, sebuah kapal terbang akan dicatarkan kepada pasukan Terengganu FC yang bakal membawa pasukan ini terus dari Terengganu ke Johor Bahru bagi perlawanan kedua ini dan perkara ini kami ingin kongsi bersama para penyokong kami dengan menyediakan ruangan bagi para penyokong yang ingin turut menyertai dan jadi sebahagian dari pasukan ini!” Jelas laman Facebook Terengganu FC.

Bayaran yang dikenakan untuk pakej ini hanya RM1000 dan ianya dikira berbaloi kerana penyokong akan mendapat layanan dan pengalaman istimewa dari pihak Terengganu FC dan Air Asia.

Antara yang menarik perhatian adalah penyokong dapat bergambar dan beramah mesra dengan barisan kejurulatihan dan pemain bola sepak Terengganu.

Penyokong yang melanggan pakej ini turut akan diberikan tiket pergi balik dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru beserta tiket perlawanan.

Selain itu, goodies tambahan dan jersi Terengganu turut diberikan.

Rata-rata penyokong bola sepak Terengganu menyambut baik idea ini dan memberikan maklum balas positif di atas inisiatif pengurusan Terengganu mendekati peminat disamping menghasilkan pendapatan tambahan buat kelab.