Advertisements
Ifedayo Olesogun Kini Berstatus Ejen Bebas
Transfer
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Bekas pemenang kasut emas Liga Super 2021, Ifedayo Olesogun kini berstatus ejen bebas setelah tidak menyambung kontrak lanjutan bersama Kedah Darul Aman.

Perkara ini disahkan oleh wartawan sukan, Zulhelmi Zainal Azam menerusi sebuah program Astro Arena iaitu Nadi Arena.

Zulhelmi memaklumkan Kedah hanya mengekalkan khidmat pemain tengah, Manuel Ott setakat ini sekali gus melepaskan khidmat pemain-pemain import yang lain.

Ifedayo mengharungi musim yang positif bersama Kedah setelah pemain itu mencatatkan 12 gol dalam 11 perlawanan liga musim ini.

Pemain berusia 32 tahun itu hanya bersama Kedah dalam tempoh yang singkat setelah menyertai pasukan itu pada bulan Jun yang lalu namun mampu memberikan impak positif buat Kedah.

Prestasi cemerlang itu bagaimanapun tidak cukup kuat untuk mengekalkan tempat beliau dalam skuad Kedah musim hadapan.

Ifedayo kini bakal menjadi buruan kelab-kelab dalam liga Malaysia setelah menampilkan aksi yang cemerlang sepanjang bermain di Malaysia.

Ifedayo pernah merekodkan 26 jaringan gol bersama Selangor untuk memenangi gelaran Kasut Emas Liga Super pada tahun 2021 yang lalu.