Ifedayo Olusegun Kongsi Bagaimana Kekal Cergas Tanpa Aksi Kompetitif
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Selepas menyertai Kedah Darul Aman (KDA) FC, ramai tertanya-tanya tentang status kecergasan Ifedayo Olusegun selepas lama tidak beraksi di atas padang. Tetapi bekas penyerang Selangor FC itu kelihatan cergas dan ia ada kaitan dengan tabiat para pemain yang berasal dari Afrika Barat.

Ifedayo yang pernah beraksi untuk Melaka United FC mendedahkan pemain-pemain dari rantau tersebut akan berlatih dengan pasukan lama mereka bila pulang ke kampung halaman.

Dalam konteks dirinya, beliau berlatih dengan pasukan lamanya, Rising Stars yang berpangkalan di Lagos, Nigeria. Selain berlatih di gimnasium dan berlari, Ifedayo juga turut terlibat dalam perlawanan tidak rasmi pasukan itu bagi mengekalkan ketajaman dan sentuhan permainannya.

Advertisements

“Anda tahu, kami orang Afrika, bila kami balik kampung untuk bercuti dan bila berada di kampung halaman. Kami selalunya berlatih dengan pasukan-pasukan lama kami.

“Selain (latihan) gimnasium dan berlari, saya juga berlatih dengan pasukan lama saya (Rising Stars) di Lagos. Saya bermain dalam sesetengah perlawanan tidak rasmi dengan mereka untuk kekal cergas dan tidak kehilangan sentuhan.

Advertisements

“Tidak sesuai untuk saya bercakap di depan kamera dan kata, ‘Saya bekerja keras.’ Harapnya keputusan (perlawanan) menyebelahi saya dan menunjukkan bahawa saya telah bekerja keras,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

Ramai mengharapkan Ifedayo dapat menunjukkan ketajamannya apabila KDA FC bertandang ke Stadium MBPJ untuk menentang PDRM FC esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram