Ifedayo Olusegun Tak Pernah Anggap Liga Malaysia Teruk
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Isu tunggakan gaji telah menimpa dirinya beberapa kali sejak beraksi dalam kancah Liga Malaysia. Itulah yang terjadi kepada penyerang import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Ifedayo Olusegun.

Sebelum tiba di Alor Setar, Ifedayo turut mengalami masalah tunggakan gaji bersama bekas majikannya iaitu Melaka United yang sudah tidak lagi beraksi di saingan utama Liga Malaysia.

Bagi Ifedayo, walaupun sudah beberapa kali menghadapi isu yang sama, namun beliau tidak pernah menganggap Liga Malaysia sebagai liga yang teruk.

Advertisements

“Setiap pemain perlu melalui beberapa perkara dalam karier. Saya pernah melalui memori yang indah. Saya tidak mengatakan Liga Malaysia itu teruk kerana di sini mempunyai suasana yang baik. Saya pernah bersama Felda United, Selangor.

“Siapa tahu musim hadapan apa akan berlaku. Bagi saya, saya sangat menikmati perjalanan karier saya di Malaysia,” jelas Ifedayo dalam satu tembual bersama Astro Arena.

Advertisements

Ifedayo yang hadir ke Kedah pada pertengahan musim ini telah menampilkan aksi terbaik beliau bersama Sang Kenari selepas berjaya meledak 8 gol dalam 12 penampilannya musim ini.

Biarpun Kedah sedang mengalami isu tunggakan gaji, namun ianya tidak sesekali melemahkan semangat pemain Kedah. Mereka kini dilihat terus fokus untuk memburu kedudukan kedua Liga Super bagi mencerahkan peluang mereka beraksi di Piala AFC musim hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram