Ikhsan Fandi Mula Digeruni Di Liga Thailand
Asia
Ikhsan Fandi/Instagram
Advertisements

Selepas menabur bakti bersama kelab Norway FK Jerv selama tiga tahun, Ikhsan Fandi kembali ke saingan liga ASEAN dengan menyertai kelab Liga Thailand, BG Pathum United. Risiko yang diambil ternyata berbaloi. Dalam tiga perlawanan, anak legenda Singapura Fandi Ahmad itu telah menyumbat tiga gol untuk BG Pathum.

Ikhsan yang memeterai kontrak 2 1/2 tahun bersama BG Pathum pada Disember tahun lepas membuat kemunculan sebagai pemain gantian semasa Pathum diikat seri 1-1 bersama Ratchaburi (8 Januari). Penyerang Singapura itu kemudiannya meledakkan dua gol dalam kemenangan 4-1 kelab ke atas Songkhla dalam Piala Liga (12 Januari).

Ikhsan kemudiannya menjaringkan satu gol dalam perlawanan menentang Muangthong United (16 Januari). Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 2-2. Selepas 17 perlawanan, BG Pathum berada di kedudukan kelima liga, enam mata di belakang pendahulu Buriram United.

Advertisements

Bagi Ikhsan, keutamaannya ketika ini ialah menunjukkan prestasi konsisten sepanjang perlawanan. Dengan berbuat demikian, beliau bukan saja mencipta peluang dan menjaringkan gol. Tetapi pada akhirnya, ia membawa kepada kemenangan pasukan apabila wisel penamat ditiup.

Ikhsan beruntung kerana mempunyai sedikit maklumat tentang Liga Thailand yang diberi oleh abangnya, Irfan. Irfan yang beraksi sebagai bek tengah merupakan tonggak pertahanan BG Pathum sejak menyertai mereka pada 2019.

Semasa ditemubual akhbar The Straits Times, Ikhsan menambah, “Abang saya memberitahu Liga Thailand amat kompetitif dan sengit. Dia turut mengingatkan saya tentang apa yang perlu diketahui dan bagaimana beradaptasi dalam saingan liga yang mencabar.” Beliau beradaptasi dengan baik di dalam dan luar padang – satu faktor yang menyumbang kepada prestasi baiknya ketika ini.

Advertisements

Begitupun, itu tidak bermakna Ikhsan tidak mempunyai impian. Baru mencecah usia 20-an, beliau berharap dapat berpeluang beraksi di liga utama Asia dan Eropah. Dan Ikhsan berharap ia dapat dicapai dengan membantu menambahbaik pencapaian BG Pathum dan tampil sebagai tonggak utama kelab.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram