Asia Tenggara
FA Singapore
Advertisements

Bintang sensasi Singapura, Ikhsan Fandi Ahmad dilihat seolah menzahirkan kekecewaan melihat aksi longlai skuad muda Singapura.

Advertisements

Skuad B22 tahun Singapura telah dijadualkan bertemu Kemboja dalam aksi penentuan pingat gangsa Piala Merlion 2023. Penyerang BG Pathum United itu dilihat mengambil kesempatan tersebut untuk menonton perlawanan.

Dalam ciapannya di Twitter, Ikhsan seakan resah dengan persembahan pemain Singapura yang sering kali membiarkan bola dikawal pemain lawan. Aksi kurang meyakinkan Singapura pada semalam sedikit sebanyak telah memberi laluan mudah buat Kemboja menguasai permainan.

Advertisements

Ikhsan dalam pada itu enggan mengulas lebih soal prestasi pasukan. Beliau risau jika terus lantang bersuara akan ada tindakan yang diambil terhadapnya.

“Jika saya cakap, saya dalam bahaya,” tulisnya di Twitter.

Advertisements

Respon yang ditulis Ikhsan tersebut telah diciap ketika aksi Singapura menentang Kemboja sedang berlangsung. Singapura terpaksa akur apabila tewas di laman sendiri kepada Kemboja dengan keputusan 2-1.

Kejohanan Piala Merlion 2023 itu menyaksikan Malaysia ditabal menjadi juara, Hong Kong di tempat kedua, Kemboja meraih gangsa dan Singapura di tempat keempat.

Piala Merlion 2023 ini dilihat sebagai medan persiapan terbaik buat skuad muda sebelum mengharungi temasya Sukan SEA Kemboja, Mei kelak.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram