Advertisements
Ilmu Kebal Dari Croatia Akan Bantu India Lawan Malaysia
Asia
MakanBola
Nenad Dugi / CROPIX

Menjelang kejohanan Perstabola Merdeka yang dijadualkan bermula 13 Oktober ini, pasukan kebangsaan India mendapat tonik terbaik apabila Persatuan Bolasepak Seluruh India (AIFF) mengambil keputusan utnuk menyambung kontrak pengendali dari Croatia, Igor Stimac.

Jurtulatih Croatia berusia 56 tahun telah disambung kontrak untuk tempoh dua tahun. Igor bukanlah nama yang asing dalam arena bola sepak di India apabila beliau sudah pun menabur bakti di negara tersebut sejak Mei 2019 lagi.

Sebelum melatih India, Igor juga pernah menjadi jurulatih untuk skuad kebangsaan Croatia antara tahun 2012 hingga 2013 selain pernah membimbing kelab gergasi Iran, Sepahan.

Tahun 2023 merupakan tahun terbaik Igor bersama India apabila sehingga kini, India masih belum mencatatkan sebarang kekalahan dalam kesemua perlawanan. Sudah tentu rekod kemenangan ini mahu diteruskan Igor dalam kejohanan Pestabola Merdeka.

Kali terakhir skuad kebangsaan India mengalami kekalahan adalah pada bulan September 2022 yang lalu apabila mereka tewas di tangan Vietnam dengan keputusan 0-3 yang mana mereka beraksi di gelanggang lawan.

India akan memulakan aksi Pestabola Merdeka dengan perlawanan menentang tuan rumah, Malaysia pada 13 Oktober ini. Satu lagi aksi akan menemukan Palestin dan Tajikistan. Pemenang bagi kedua-dua aksi ini akan mara ke pentas akhir manakala yang tewas akan melalui perlawanan penentuan tempat ketiga.