Ads
Impak Istimewa Ifedayo Olusegun Kagumkan Zainal Abidin
Liga Super
PDRM FC

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan mengakui kagum dengan pencapaian 90 gol yang dilakar Ifedayo Olusegun.

Advertisements

Rekod tersebut dicipta penyerang Nigeria itu dalam aksi terbaru Liga Super antara PDRM FC dan Sabah FC pada 21 September lalu.

Advertisements

Ifedayo yang masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua memastikan PDRM meraih tiga mata penuh menerusi gol pada minit ke-80.

Advertisements
Advertisements

Selain merekodkan 90 gol bersama lima kelab Liga Malaysia (Liga M), beliau juga pernah meraih gelaran Kasut Emas Liga Super untuk musim 2020 dan 2021.

Zainal Abidin percaya perkara ini berlaku disebabkan Ifedayo sudah masak dengan persekitaran dan corak permainan yang dipraktikkan dalam Liga M.

Advertisements

Selain itu, beliau melihat penyerang berusia 33 tahun itu sentiasa berada dalam kedudukan terbaik untuk menjaringkan gol. Ini disebabkan Ifedayo melihat dirinya sebagai penyerang tulen.

“Yang pertama, kelebihan bagi Ifedayo ialah dia mengenali liga kita, dia mengenali pemain-pemain. Walaupun pemain baru masuk, kaedah bola sepak dan persekitaran di Malaysia dia telah kuasai.

“Jadi, kita ambil khusus perlawanan hari ini. Bila beliau masuk (sebagai pemain gantian), kita dapat lihat beliau masih lagi membuat kekebalan (dan) ketajaman beliau. Dapatkan bola masuk ke dalam kotak (penalti), tewaskan lawan dan buat percubaan.

“Inilah Ifedayo, Ifedayo bukan pemain yang suka sepak dari 30 kaki. Dia nak dalam kawasan bahaya sebab dia penyerang tulen. Itu memang betul dan itu sebab dia dapat menjaringkan banyak gol,” katanya semasa menjadi panel Arena Bola di Astro Arena.

Selain PDRM, Ifedayo juga pernah beraksi bersama Felda United FC, Selangor FC, Melaka United FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Sejak menyertai The Cops pada awal musim 2024/25, penyerang Nigeria itu sudah meledakkan lima gol dalam lapan penampilan Liga Super.

Kemenangan PDRM menyaksikan pasukan itu kini berkongsi 14 mata dengan Sabah dan Kuching City FC. Walau bagaimanapun, kelebihan jaringan memastikan dua pasukan itu menduduki tangga keempat dan kelima liga di hadapan The Cops.

Advertisements

Bisa Ifedayo dijangka ditagih jurulatih PDRM, P. Maniam untuk aksi liga seterusnya menentang Terengganu FC pada 4 Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram