Impak J-League Secara Total Kepada Bolasepak Jepun
MakanBola
footyheadlines.com
Sponsors

Ketika diasaskan 30 tahun dulu pada 1993, tidak ramai yang mungkin meramal Liga Bolasepak Jepun atau J-League akan membawa impak besar terhadap perkembangan bolasepak negara itu.

Tidak keterlaluan, dan ramai pastinya bersetuju mengatakan, Liga Semi-Pro Malaysia pernah dinilai sebagai liga lebih berstandard berbanding Liga Jepun yang ditandingi pasukan-pasukan amatur.

Ad

J-League membawa transformasi besar, pasukan-pasukan milik syarikat yang mewarnai saingan Japan Soccer League (JSL) sebelumnya digantikan dengan kelab yang mewakili kejiranan mereka, dan berubahlah wajah bolasepak Jepun secara total.

Ad

Untuk pemerkasaan liga dan pasukan kebangsaan, JSL dibubarkan dan J-League diasaskan pada 1992.

Tidak lama masa diambil untuk nampak perubahan, Jepun memenangi Piala Asia pertama mereka pada tahun tersebut dengan menewaskan Arab Saudi dalam aksi final, dan pada 1993 liga professional (J-League) dilancarkan secara rasmi.

Ad

Mereka terlepas tiket beraksi di Piala Dunia 1994 hanya melalui beza jaringan kepada Korea Selatan dalam apa yang disifatkan sebagai ‘the agony of Doha’ namun pada tanggal 16 November 1997 sejarah yang tertangguh akhirnya tercipta apabila mereka layak ke Piala Dunia buat pertama kali.

Ad

Mereka langsung tidak berpaling ke belakang, layak ke semua enam edisi Piala Dunia selepas itu, malah menjadi tuan rumah pada 2002 selain menjulang Piala Asia lagi tiga kali pada 2000, 2004 dan 2011.

Ad

“Ketika Liga-J bermula, saya rasa orang hanya merasakan ia hiburan semata-mata, tetapi pengenalannya merubah liga kami menjadi profesional, dan dengan kesedaran itu, motivasi dan kualiti pemain bertambah,” kata Pengerusi J-League, Yoshikazu Nonomura.

Tambahnya, “Kini selepas 30 tahun berlalu, saya merasakan kami semakin hampir dengan Liga-J yang kami sasarkan. Dengan 60 kelab mengambil bahagian dalam tiga divisyen utama J-League, saya boleh katakan bahawa budaya bolasepak sudah mula berakar umbi di Jepun.”

J-League bukan sahaja cemerlang mengetengahkan dan memasarkan bakat dari negara matahari terbit itu ke kelab-kelab Eropah, dalam masa sama mereka juga telah berjaya menarik ramai pemain berprofil tinggi untuk bermain di liga tersebut termasuklah Zico, Gary Lineker, Leonardo, Dunga, Hristo Stoichkov, Dragan Stojkovic, Freddie Ljungberg, Lukas Podolski dan ramai lagi.

Saingan musim baru J-League, akan bermula pada minggu ini dengan perlawanan di antara juara bertahan, Yokohama FM dan Kawasaki Frontale.