Dunia
MFL
Advertisements

Pengadil mampu mengubah perlawanan dan itulah yang berlaku pada perlawanan akhir Piala FA 2019 apabila MFL memperkenalkan penggunaan pengadil dari Jepun.

Ini adalah artikel tahun 2019 yang telah dikemas kini semula untuk tatapan pembaca 2022.

EAe ik8U8AIKwWu 7 Impak Positif Pengadil Jepun Pada Perlawanan Akhir Final FA 2019

Perlawanan berjalan dengan sangat lancar tanpa sebarang keputusan kontroversi. Senang cerita, penonton dapat fokus pada aksi pemain berbanding aksi pengadil itu sendiri.

Advertisements

Takuto Okabe, Akane Yagi, dan Osamu Nomura ‘beraksi’ cemerlang dan mendapat pujian dari peminat bola sepak Malaysia.

Berikut merupakan impak-impak yang dikenal pasti penulis:

1- Tidak Membazir Masa

Pengadil utama perlawanan tidak membazir masa menerangkan sesuatu kesalahan kepada pemain. Hanya kesalahan-kesalahan besar dan sukar sahaja yang digunakan oleh Okabe untuk menerangkan sesuatu.

Advertisements

Penonton ingin melihat aksi pemain lebih lama.

2- Tidak Melebih-lebih Menunjukkan Kuasa

Berbanding pengadil Malaysia yang kerap menunjukkan kuasanya kepada pemain, Okabe sangat tenang. Beliau hanya membuat ‘eye contact’ kepada pemain yang melawan dengan keputusannya.

Apabila hal ini terjadi, pemain sedar dengan sendirinya bahawa itu memang kesalahan mereka. Tak perlu tunjuk kuasa dan tak perlu tunjuk muka garangpun.

Advertisements

Impaknya, perlawanan berjalan lebih lancar dan keputusan pengadil menjadi lebih konsisten. Pemain terima dengan hati yang tenang.

3- Bercakap Bila Perlu

Okabe jarang mengeluarkan suara dan bercakap. Walaupun beliau mahir berbahasa Inggeris, Okabe hanya bercakap bila beliau rasa ianya satu keperluan.

Impaknya, penonton dapat melihat aksi pemain lebih lama berbanding aksi pengadil di tengah padang.

Advertisements

Pengadil di Liga Malaysia mungkin berfikir yang setiap kesalahan perlukan penerangan namun Okabe buktikan sebaliknya.

4- Dekat Dengan Pemain

Okabe sentiasa berada dekat dengan pemain. Beliau kelihatan cergas dan sesekali kepalanya melilau ke kawasan lain. Okabe cuba mengawal dan mengesan kesalahan secara keseluruhan menggunakan penglihatannya berbanding mendengar komen para pemain.

Beliau tahu beliau berkuasa mutlak dalam perlawanan ini dan penglihatannya yang jelas akan menjadi aset utama sesebuah keputusan.

5- Riaksi Fizikal Yang Jelas

Reaksi tangan Okabe sangat jelas dan profesional. Ketika perlawanan menghampiri minit-minit terakhir, pemain Perak cuba mencuri perhatian pengadil untuk meminta penalti apabila bola kelihatan terkena tangan pemain Kedah, lantas Okabe dengan jelas menunjukkan tangannya “NO PENALTY!”.

Pada saat itu Okabe betul-betul berdekatan kotak penalti. Seolah-olah melihat perlawanan Piala Dunia, pengadil sangat responsif dan sedar reaksi pemain yang beliau bakal terima jika menunjukkan sikap sambil lewa pada saat itu.

6- Tiada Keputusan Kontroversi

Tiada penalti mudah, tiada pergaduhan melampau, dan tiada aksi membuang masa yang melampai batas.

7- Tambahan Masa ‘Direct’ Dari Pengadil Utama

Jarang kita lihat perkara ini di Liga Malaysia. Okabe sedar yang pemain Kedah cuba melambat-lambatkan masa ketika perlawanan menghampiri penamatnya. Tiada tambahan masa rasmi diberikan namun Okabe menganjak perlawanan hampir 2 minit berikutan kecederaan pemain Kedah ketika masa hampir tamat.

Kedua-dua pasukan kelihatan gembira dengan keputusan pengadil. Diharapkan MFL dapat menggunakan lagi pengadil dari luar dalam perlawanan-perlawanan penting seperti ini.

Selain dapat menyaksikan perlawanan dengan tenang, pengadil dari Malaysia juga dapat belajar sesuatu dari pengadil luar negara seperti Okabe.

Jika ada undian, barisan pengadil kali ini layak diberikan 9/10 bintang!

Gambar: MFL

Perlawanan akhir Piala FA 2022 menemukan dua pasukan terkuat Liga-M, JDT dan Terengganu. Adakah MFL bakal menggunakan pengadil dari luar negara? Sama-sama kita nantikan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram