Impian Bergson Jaring 5 Gol Jadi Realiti
MakanBola
Johor Southern Tigers

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva mengakui impiannya menjaringkan lima gol kini menjadi kenyataan.

Bisa penyerang berusia 33 tahun itu makin terserlah dalam aksi terbaru Liga Super antara JDT dan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 10 April lalu.

Ad

Lima gol yang dijaringkan Bergson pada separuh masa pertama membantu Harimau Selatan mendahului 5-0. JDT menyumbat empat gol lagi pada separuh masa kedua untuk meraih kemenangan bergaya 9-0.

Ad

Bergson mengakui apabila beliau berjaya menyumbat lima gol dalam perlawanan itu, beliau melihat impiannya kini menjadi kenyataan.

“Saya fikir Tuhan berikan saya banyak nikmat sejak hari pertama saya tiba di sini. Macam saya kata dalam setiap temu bual, sasaran pertama saya ialah membantu pasukan,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Ad

“Tapi anda tahu dengan pencapaian ini, ia satu impian menjadi kenyataan. Ini kali pertama saya menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan.

Ad

“Saya amat gembira dan saya mahu mengucapkan terima kasih atas sokongan (yang diberi). Saya mahu ucapkan terima kasih kepada Bos (DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor) kerana memberi kepercayaan kepada saya setiap musim.”

Ad

Lima gol tersebut bukan saja menjadikan Bergson pemain pertama dalam sejarah Liga Super yang meraih 30 gol semusim.

Malah, beliau juga berpeluang memintas rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super yang dipegang bekas penyerang Harimau Malaya, Indra Putra Mahayuddin.

Bergson berpeluang memintas rekod Indra apabila JDT bertemu dengan Kuching City FC untuk aksi terakhir mereka pada 16 April ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments