Impian JDT Bergelar Juara JSSL Singapore International 7s Tersekat
Asia Tenggara
Johor Southern Tigers
Advertisements

Impian skuad Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) Bawah 13 Tahun (B-13) bergelar juara JSSL Singapore International 7s tidak kesampaian hari ini.

Ini selepas pasukan itu terpaksa akur dengan kehebatan wakil Filipina, Makati FC di pentas final.

Sebelum itu, JDT berjaya mara ke final selepas membelasah Turf City FC (Singapura) 9-0 di suku akhir dan menewaskan Euroasia FC (Singapura) 2-1 di peringkat separuh akhir.

Advertisements

Untuk kategori pasukan Bawah 16 Tahun (B-16), JDT terpaksa melupakan hajat mara ke separuh akhir kejohanan.

Ini selepas pasukan itu dikecewakan wakil Australia, Melbourne City 2-0 di peringkat suku akhir.

Meskipun tewas, ramai peminat Harimau Selatan tetap memuji prestasi yang ditampilkan dua pasukan itu dalam kejohanan JSSL Singapore International 7s.

Advertisements

Ini kerana pengalaman yang ditimba kedua-dua pasukan dalam kejohanan itu mampu menjadikan mereka pemain yang lebih bagus selepas ini.

JSSL Singapore Professional Academy 7s ialah pertandingan bola sepak remaja perdana Asia yang mempamerkan bakat muda lebih 400 pasukan dari 17 negara.

Pasukan dari seluruh dunia berkumpul pada hujung minggu ini untuk bersaing dalam kejohanan tujuh sebelah di Singapura.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram