Hasrat skuad muda Malaysia untuk beraksi menentang Arah Saudi dalam satu aksi persahabatan mungkin tertangguh.
Skuad muda Malaysia bakal mengharungi kempen AFC Asian Cup 2023 di Qatar dengan misi sekurang-kurangnya mara ke pentas separuh akhir.
Sebelum ini, terdapat khabar bahawa anak didik Juan Torres Garrido akan menyertai aksi persahabatan 4 penjuru di Indonesia pada bulan Mac ini.
Perlawanan ini bakal melibatkan pertembungan dengan pasukan tuan rumah, Indonesia, Arab Saudi dan juga Tajikistan.
Hasrat ini bagaimanapun masih belum dipastikan selepas kenyataan rasmi daripada Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Scott O’Donell, beliau memberitahu bahawa masih belum ada keputusan rasmi dibuat setakat ini.
“Setakat ini, masih belum ada kata putus berkenaan perkara ini namun pemain akan ke kem latihan pusat pada 13 Mac ini dan segalanya akan ditentukan nanti.”
“Pemain juga akan menjalani persiapan rasmi pada awal bulan April. Kami merancang untuk terbang ke luar negara atau ke Qatar lebih awal sebagai persiapan namun semuanya akan diberitahu kelak,” katanya dalam sesi sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kali Ke-10.
Malaysia diundi dalam Kumpulan D dan bakal berdepan Vietnam, Uzbekistan dan juga Kuwait yang memiliki reputasi yang cukup baik.
Aksi Piala Asia B-23 akan bermula pada 15 April 2024 hingga 3 Mei 2024 di Qatar dengan Harimau Muda akan membuka tirai berdepan Uzbekistan pada 17 April 2024.