Kepulangan pemain sensasi Thailand, Chanatip Songkrasin kembali memukau penyokong di sana.
Pemain berusia 29 tahun itu menyertai BG Pathum United bagi musim 2023/2024 dan memainkan watak penting bersama pasukan.
Kapten pasukan kebangsaan Thailand itu sekali lagi berada dalam kesebelasan utama BG Pathum berdepan Uthai Tani.
Pengalaman beraksi di pentas bola sepak Jepun jelas memberi nilai tambah dalam permainannya apabila mengawal jentera tengah pasukan dengan begitu cemerlang.
Gandingannya bersama Sarach Yooyen menjadikan aksi tersebut milik BG Pathum yang meledak gol pembukaan menerusi tandukan penyerang berbisa, Igor Sergeyev.
Chanatip meletakkan pasukan dengan kedudukan selesa 2-0 dengan satu gol yang membuatkan penjaga gol Uthai Tani terkaku.
Beliau memcari ruang untuk menerima hantaran daripada rakan sepasukan, Sarach yang bijak mencarinya sebelum menyungkit bola untuk menjaringkan gol.
Gol pada minit ke-66 itu membuatkan rakan sepasukannya, Danilo memegang kepalanya seolah-olah tidak menyangka bahawa bola itu akan masuk.
Kemenangan itu menyaksikan pasukan bimbingan Thongcai Sukkoki memperoleh kemenangan pertama musim ini selepas 3 perlawanan dan naik ke tangga ke-5 liga.
Video penuh : Gol Chanatip Songkrasin