Ads
Import Jordan Dalam Perjalanan Ke Selangor, Pengganti Segera Reziq?
Transfer
Selangor FC

Seorang import Jordan difahamkan dalam perjalanan ke Selangor dan berpotensi menjadi pengganti segera Reziq Bani Hani.

Advertisements

Pemain berusia 22 tahun itu meninggalkan Gergasi Merah secara mengejut untuk pulang beraksi di Jordan bersama Al-Hussein SC.

Advertisements

Tonggak lincah itu bersaing hebat untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan dan hanya membuat 7 penampilan dalam saingan Liga Super selain kebanyakannya sebagai pemain gantian.

Advertisements
Advertisements

Menerusi satu laporan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, beliau memberi bayangan bahawa The Red Giants akan membawa masuk pengganti baharu iaitu tonggak import.

“Selepas berjaya dapatkan khidmat penjaga gol Kalamullah Al Hafiz, Selangor FC dijangka turut akan mengumumkan kehadiran seorang lagi pemain import muda dari Jordan berusia 23 tahun.

Advertisements

“Pengumuman rasmi menyusul,” ujar Fadhirul dalam satu hantaran laman X.

Teka-teki mengenai watak baharu yang bakal menyarung jersi Merah Kuning itu masih menjadi tanda tanya susulan tiada pengumuman rasmi daripada pihak kelab setakat ini.

Advertisements

Persiapan ini dijangka bakal memberikan tonik tambahan kepada anak buah Nidzam Jamil bagi saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram