India Buat Pusingan Sertai King’s Cup Di Thailand
Asia
@IndianFootball
Advertisements

Ramai menjangkakan India bakal menjadi lawan Harimau Malaya untuk Pestabola Merdeka yang bakal diadakan pada Oktober ini. Tetapi hari ini, India mengumumkan bakal menyertai King’s Cup di Thailand pada September ini.

Kejohanan tersebut bakal diadakan dari 7 hingga 10 September ini. Selain India dan tuan rumah Thailand, Lubnan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut mengumumkan pengesahan penyertaan mereka dalam kejohanan berkenaan.

Kehadiran Lubnan yang menduduki ranking ke-100 FIFA dan UAE (ranking ke-70) sudah pasti bakal menghadirkan cabaran besar buat anak-anak buah Mano Polking. Sementara India yang menduduki ranking ke-102 sudah pasti mahu meneruskan pencapaian baik di bawah pengurus Croatia, Igor Stimac.

Advertisements

India baru-baru ini memenangi Tri-National Cup, satu kejohanan persahabatan membabitkan mereka, Myanmar dan Kyrgyztan.

Penyertaan The Blue Tigers dalam King’s Cup mengundang persoalan tentang status penyertaan mereka dalam Pestabola Merdeka. Ini kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengumumkan India, Lubnan dan Palestin sebagai lawan anak-anak buah Kim Pan-gon dalam kejohanan berkenaan.

Advertisements

Sekiranya The Blue Tigers dan Lubnan menarik diri daripada Pestabola Merdeka disebabkan penyertaan mereka dalam King’s Cup, ini memaksa FAM mencari lawan baru bagi mengisi dua slot kosong untuk kejohanan berkenaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram