India Open: Aaron Chia-Wooi Yik Selangkah Ke Final, Tundukkan Kedren-Puavaranukroh
UltraSukan
Olympics Malaysia
Sponsors

Bekas juara dunia 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menempah tiket ke separuh akhir India Open 2025.

Aaron-Wooi Yik mara selepas menyingkirkan beregu lelaki ke-101 dunia dari Thailand, Kittinupong Kedren dan Dechapol Puavaranukroh di peringkat suku akhir.

Ad

Selepas berjaya menewaskan wakil China, Xie Hao Nan dan Zeng Wei Han dalam pusingan kedua, juara Korea Masters 2024 itu semakin berkeyakinan untuk memburu gelaran juara pertama untuk tahun 2025.

Ad

Kittinupong-Dechapol menjadi pemisah antara mereka dan peringkat separuh akhir. Aaron-Wooi Yik memiliki kelebihan kerana pernah menewaskan beregu Thailand itu dalam saingan Badminton Asian Championships 2024.

Kittinupong-Dechapol memaksa beregu negara bekerja keras sebelum meraih kemenangan 21-15, 19-21, 21-17.

Ad

Set pertama menyaksikan pada awalnya, beregu Thailand itu mendahului pada kedudukan 6-1. Aaron-Wooi Yik berjaya mengejar sebelum menyamakan kedudukan 11-11.

Ad

Kedua-dua beregu terus bersaing sengit mendapatkan mata. Pada akhirnya, beregu kelima dunia itu meraih kemenangan set pertama dengan keputusan 21-18.

Ad

Set kedua menyaksikan Aaron-Wooi Yik mendahului pada kedudukan 11-8. Meskipun cuba dicabar Kittinupong-Dechapol, mereka tiada jawapan terhadap pukulan-pukulan padu yang dihasilkan beregu Malaysia itu.

Aaron-Wooi Yik makin selesa sebelum meraih kemenangan dengan keputusan 21-18. Kemenangan ini menyaksikan mereka muncul wakil keempat Malaysia yang mara ke separuh akhir India Open 2025.

Mereka mengiringi Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Pearly Tan-M. Thinaah.

Aaron-Wooi Yik bakal bertemu sama ada beregu nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang atau juara Malaysia Open 2025 dari Korea Selatan, Kim Won-ho-Seo-Seung-jae di peringkat separuh akhir.