Asia
IG Sahal_Abdul_Samad
Advertisements

Ketika banyak mata tertumpu kepada duo sayap berbisa Malaysia iaitu Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi, skuad kebangsaan India juga dilaporkan membawa pemain lincah mereka bagi Pestabola Merdeka yang dijadualkan bermula 13 Oktober ini.

Advertisements

Pemain yang dimaksudkan adalah Sahal Abdul Samad yang merupakan pemain kelab Mohun Bagan SG di India. Sahal adalah seroang pemain yang versatil apabila mampu beraksi di tiga posisi iaitu di sayap kiri, tengah dan posisi nombor 10 iaitu pemain tengah menyerang.

Aksi terkini beliau adalah menentang Chennaiyin FC dalam saingan Liga Super India yang mana beliau menyumbang dua bantuan gol dalam perlawanan tersebut. Selain dua bantuan gol, Sahal turut mempamerkan skil gelecekan yang luar biasa.

Advertisements

Khidmat Sahal dijangka akan menjadi taruhan pengendali India, Igor Stimac yang sudah tentu mahukan kemenangan dapat dicatatkan berdepan Malaysia untuk aksi sulung Pestabola Merdeka pada 13 Oktober ini.

Untuk tahun 2023, India masih belum pernah ditewaskan setakat ini. Biarpun di atas kertas kelebihan memihak pasukan India, namun pasukan Malaysia di bawah kendalian Kim Pan-gon telah mengalami peningkatan mendadak dari segi corak permainan.

Advertisements

Segalanya akan ditentukan pada 13 Oktober ini. . Pemenang perlawanan Malaysia dan India akan mara ke pentas akhir dan perlu menunggu pemenang untuk satu lagi aksi membabitkan Palestin dan Tajikistan. Pasukan yang tewas akan melalui perlawanan penentuan tempat ketiga.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram