Ads
India Tak ‘Layan’ Park Hang-seo
Asia
AFC Asian Cup

India dikesan tidak melayan permohonan jurulatih terkemuka Asia, Park Hang-seo.

Advertisements

Pengendali berpengalaman itu kini tidak melatih mana-mana pasukan setelah meninggalkan posisinya bersama Vietnam setahun yang lalu.

Advertisements

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu dimaklumkan telah menghantar permohonan untuk melatih pasukan kebangsaan India setelah pemergian pengendali, Igor Stimac.

Advertisements
Advertisements

Beliau dicanang hebat untuk melatih India tatkala pasukan itu mengalami kejatuhan prestasi yang begitu besar.

Menerusi laporan oleh wartawan The Times of India, Marcus Mergulhao, Park Hang-seo tidak berjaya mendapatkan posisi tersebut susulan memiliki calon lain iaitu Manolo Marquez.

Advertisements

“Jawatankuasa eksekutif AIFF memberi laluan kepada Manolo Marquez untuk menjadi jurulatih India seterusnya.

“Beliau akan melatih kelab dan negara sementara menunggu perjanjian kontrak 3 tahun. Manolo mempunyai kontrak dengan FC Goa sehingga 31 Mei 2025. Beliau akan berkhidmat buat pasukan kebangsaan secara sepenuh masa,” jelasn kenyataan beliau di laman X.

Pengendali kelahiran Sancheong, Gyeongnam ini juga dikaitkan menerima tawaran menarik untuk melatih pasukan kebangsaan Kemboja.

Hang-seo juga membimbing Pahlawan Bintang Emas layak ke suku akhir Piala Asia 2019 dan separuh akhir Sukan Asia 2018.

Impak besarnya terhadap bola sepak Vietnam turut diiktiraf kerajaan Korea Selatan di mana beliau dianugerahkan Pingat Heungin.

Advertisements

Ini sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada Hang-seo kerana mengeratkan hubungan diplomatik antara Korea Selatan dengan Vietnam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram