Indonesia Bawa 11 Pemain Luar Negara Gempur Vietnam
Asia Tenggara
PSSI
Advertisements

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengumumkan senarai 28 orang pemain yang dipilih ketua jurulatih, Shin Tae-yong ke kem latihan Timnas Indonesia.

Daripada 28 pemain yang berada dalam senarai kali ini, seramai 11 orang pemain yang beraksi di luar negara dipertaruhkan Indonesia.

Antara pemain tersebut ialah Asnawi Mangkualam (Port FC), Ivar Jenner (Utrecht FC), Jay Idzes (Venezia), Justin Hubner (Wolverhamptoon), Merselino (KMSK Deinze), Thom Haye (SC Heerebveen), Ragnar Oratmangoen (Fortuna Sittard), Nathan Thoeaon (SC Heerenveen), Pratama Arhan (Suwon FC), Sandy Walsh (KV Mechelen), Jordi Amat (Johor Darul Ta’zim FC), Rafael Struick (ADO Den Haag), dan Elkan Baggott (Bristol Rovers).

Advertisements

Timnas Indonesia turut diserikan dengan empat orang wajah baharu yang telah menerima kerakyatan Indonesia iaitu Jay Idzes (Venezia), Thom Haye (Heerenveen), Ragnar Oratmangoen (Fortuna Sittard) dan Nathan Tjoe Aon (Swansea City).

Para pemain ini diarah lapor diri ke kem kebangsaan Indonesia bermula 17 Mac kelak.

Indonesia bakal berdepan Vietnam bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 21 Mac kelak di Stadium Gelora Bung Karno sebelum sekali lagi berdepan Vietnam pada 26 Mac di Stadium My Dinh Hanoi, Vietnam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram