Indonesia Berminat Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2031
MakanBola
Timnas Indonesia
Sponsors

Indonesia menjadi negara pertama menyatakan minat menjadi tuan rumah Piala Asia 2031.

Sebelum ini, Indonesia pernah menjadi tuan rumah bersama untuk Piala Asia 2007. Kejohanan itu turut menyaksikan penyertaan Malaysia, Thailand dan Vietnam sebagai tuan rumah bersama.

Ad

Malah, final Piala Asia 2007 membabitkan dua pasukan gergasi Asia Barat, Iraq dan Arab Saudi turut diadakan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Ad

Kini, CNN Indonesia melaporkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) sudah menghantar surat bidaan hak tuan rumah Piala Asia 2031 kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Indonesia memasukkan bidaan untuk menjadi tuan rumah tunggal Piala Asia 2031. Kita kali terakhir menjadi tuan rumah kejohanan itu tahun 2007, itu pun bersama tiga negara Asia Tenggara lain.

Ad

“Maksudnya, kami ingin menjadi tuan rumah untuk kejohanan berprestij itu,” kata Presiden PSSI, Erick Thohir.

Ad

Erick percaya kejayaan Indonesia menganjurkan pelbagai kejohanan bola sepak termasuk Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) 2023 cukup untuk mempersiapkan negara itu sebagai tuan rumah Piala Asia 2031.

Ad

“Usaha lebih kita pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia U-17 tahun lalu, sehingga dari segi persiapan Jawatankuasa Penganjur dan kemudahan stadium mengikut piawaian FIFA sudah dipenuhi,” ujarnya.

AFC sudah membuka proses bidaan hak tuan rumah Piala Asia 2031 sejak beberapa minggu lalu.

Peluang Indonesia untuk menjadi tuan rumah terbuka memandangkan tiga negara Asia Barat menjadi tuan rumah tiga edisi terakhir kejohanan.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) pernah menjadi tuan rumah edisi 2019. Ini disusuli Qatar untuk edisi 2023 dan Arab Saudi untuk edisi 2027.