Ads
Asia Tenggara
Timnas Indonesia

Ranking FIFA Indonesia: Pasukan kebangsaan Indonesia berpeluang untuk memintas kedudukan Filipina selepas 12 tahun sejak kali terakhir melakukannya pada tahun 2011.

Advertisements

Skuad bimbingan Shin Tae-yong mengharungi kempen yang amat memberangsangkan pada tahun 2023 sungguhpun tidak mencatatkan kemenangan dalam dua aksi awal di Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Sang Garuda tewas 5-1 kepada Iraq sementara mengikat Filipina dengan kedudukan 1-1.

Advertisements

Advertisements

Keputusan itu menyaksikan Indonesia turun satu tangga daripada kedudukan ke-145 dunia kepada 146 dunia ketika ini.

Walau bagaimanapun, Indonesia berpeluang cerah untuk memintas kedudukan seteru Asia Tenggara, Filipina yang kini berada pada kedudukan ke-140 dunia.

Advertisements

Berdasarkan rekod kedudukan ranking FIFA, tahun 2023 menjadi detik paling hampir buat Indonesia dan Filipina setelah kali terakhir berjaya melakukannya kira-kira 12 tahun yang lalu.

Indonesia ketika ini mengumpul 1064 mata manakala Filipina 1086 mata dengan kemenangan di pentas Piala Asia mampu merealisasikan hasrat besar ini.

Pada tahun 2011, Filipina berada pada kedudukan ke-159 dunia dan Indonesia menghuni tangga ke-142 dunia.

Advertisements

Sang Garuda diundi bersama Jepun, Iraq dan juga Vietnam dalam Kumpulan D dengan misi besar untuk mencuri mata penting bagi melonjakkan kedudukan ranking FIFA.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram