Indonesia Berpesta Gol Baham Brunei
Asia Tenggara
AFC
Advertisements

Indonesia berjaya mara ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Brunei Darussalam dengan keputusan 6-0 dalam aksi di Stadium Negara Hassanal Bolkiah sebentar tadi. Indonesia mara dengan agregat 12-0.

Walaupun beraksi di Brunei, Indonesia nyata tidak kekok untuk menguasai perlawanan. Mereka tidak perlu menunggu lama untuk berada di depan selepas penyerang muda, Hokky Caraka yang menyudahkan hantaran Sandy Walsh.

Gagal menembusi benteng Indonesia, pemain Brunei mula melakukan rembatan jarak jauh namun percubaan gagal membolosi gawang Indonesia.

Advertisements

Egy Maulana akhirnya menggandakan kedudukan menjadi 2-0 pada minit ke-42 selepas menyudahkan peluang terhidang di hadapan gol.

Selang dua minit selepas gol Egy Maulana, Hokky Caraka kembali mencatat nama sebagai penjaring selepas menyudahkan hantaran Witan Sulaeman di bahagian sayap kanan.

Advertisements

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 3-0 memihak Indonesia.

Bersambung babak kedua, Indonesia meneruskan pesta jaringan selepas dihadiahkan sepakan penalti gara-gara kekasaran yang dibuat ke atas Witan Sulaeman. Witan yang mengambil sepakan tersebut tidak berdepan masalah untuk menjadikan kedudukan 4-0.

Advertisements

Pada minit ke-52, penyerang berusia 19 tahun, Hokky Caraka hampir mencetak hatrik dalam perlawanan ini namun peluang keemasan yang terhidang di hadapan gol gagal disudahkan Hokky walaupun pintu gol terbuka luas.

Pemain pertahanan Indoensia, Rizky Ridho berjaya meletakkan Indonesia lima gol di hadapan selepas pemain tersebut melepaskan rembatan deras jarak dekat sekali gus menjadikan kedudukan 5-0.

Advertisements

Pesta jaringan Indoensia masih diteruskan. Kali ini, penyerang muda, Ramadhan Sananta meledak pada minit ke-82 selepas mendapat umpanan lolos menarik dari rakan sepasukan.

Perlawanan berakhir dengan kedudukan 6-0 sekali gus melayakkan Indonesia ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan agregat 12-0. Indonesia bakal diletakkan di dalam kumpulan F bersama-sama Iraq, Vietnam dan Filipina.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram