Indonesia Hadapi Laluan Berliku Di Piala Asia B-23
MakanBola
Timnas Indonesia
Sponsors

Skuad B-23 Indonesia bakal berdepan cabaran besar dalam Piala Asia B-23 yang berlangsung pada tahun hadapan.

Undian kumpulan yang dijalankan AFC di Doha, Qatar hari ini menyaksikan mereka berada dalam Kumpulan A.

Ad

Kumpulan itu diberi gelaran sedemikian kerana selain Indonesia, Jordan, Australia dan tuan rumah Qatar berada dalam kumpulan sama.

Ad

Jordan dan Qatar sebelum ini menamatkan kempen Piala Asia B-23 2022 di peringkat kumpulan.

Ad

Begitupun, dengan status The Maroon sebagai tuan rumah, sudah pasti mereka mahu melakar pencapaian lebih bagus di hadapan penyokong sendiri.

Ad

Sementara Australia dianggap pasukan pilihan dalam kumpulan kerana berjaya berada di kelompok empat teratas kejohanan untuk edisi 2020 dan 2022.

Justeru, pengendali skuad Garuda, Shin Tae-yong perlu merencana strategi yang lebih ampuh jika mahu membawa Indonesia melepasi peringkat kumpulan.

Indonesia layak ke Piala Asia B-23 2024 selepas layak secara merit sebagai juara pusingan kelayakan Kumpulan K.