Indonesia Hampir Dikejutkan Laos
MakanBola
Aseanutdfc
Sponsors

Hasrat Indonesia untuk meraih tiga mata seterusnya dalam kejohanan Piala Mitsubishi Electric berkecai apabila diikat Laos dalam perlawanan sengit yang dilangsungkan di Stadium Manahan, Jawa Tengah.

Indonesia dan Laos yang masing-masing dilatih oleh jurulatih dari Korea Selatan telah membariskan skuad terkuat dalam misi mencari kemenangan.

Ad
Sponsors

Perlawanan dimulakan dengan Indonesia dilihat lebih mendominasi di awal permainan dengan Laos mencari ruang untuk serangan balas.

Ad

Laos terlebih dahulu mengejutkan ribuan penyokong tuan rumah dengan jaringan penyerang berusia 17 tahun, Phousomboun Panyavong pada minit ke-9 hasil satu serangan balas pantas.

Kegembiraan pasukan pelawat hanya bertahan dua minit apabila Indonesia berjaya menyamakan kedudukan melalui rembatan deras Kadek Arel untuk menjadikan kedudukan terikat 1-1.

Ad

Belum sempat Indonesia mengatur serangan, Laos berjaya menghukum benteng Indonesia dengan jaringan kedua yang dicetak Phathana Phommathep pada minit ke-12 selepas pemain sayap pantas itu menyempurnakan hantaran Bounphachan Bounkong.

Ad

Indonesia yang ketinggalan satu jaringan menggandakan asakan ke kubu Laos yang bertahan dengan penuh disiplin.

Ad

Serangan demi serangan yang dilancarkan akhirnya membuahkan hasil buat Indonesia apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Ferarri yang menanduk tipis lontaran jauh Pratama Arhan. Kedudukan terikat 2-2.

Rayhan Hannan hampir meletakkan Indonesia kembali di hadapan pada minit ke-22 melalui rembatan derasnya di dalam kotak penalti namun berjaya ditepis penjaga gol Laos, Keo Oudone.

Bounphachan Bounkong turut berpeluang meledak gol buat Laos pada minit ke-35 namun percubaannya sedikit tersasar.

Biarpun Indonesia menyerang habis-habisan ke kubu Laos, namun tiada tambahan jaringan dapat dihasilkan untuk menamatkan babak pertama dengan kedudukan terikat 2-2.

Bersambung babak kedua, Indonesia meneruskan momentum perlawanan dengan menguasai perlawanan melalui hantaran-hantaran yang tepat.

Indonesia menerima tamparan hebat apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Marselino Ferdinan dibuang padang pada minit ke-68 .

Muhammad Ferrari sekali menjadi wira buat Indonesia dengan jaringan ketiga pada minit ke-72 apabila menanduk kemas sepakan penjuru untuk mengubah kedudukan menjadi 3-2 memihak Indonesia.

Kedudukan itu hanya bertahan 5 minit apabila Laos bangkit semula dengan jaringan pemain gantian, Peter Phantavong.

Kedudukan 3-3 itu kekal sehingga tamat permainan sekali gus memaksa kedua-dua pasukan terpaksa berkongsi satu mata.

Untuk aksi seterusnya, Indonesia akan bertemu Vietnam pada 15 Disember manakala Laos pula akan melayan kunjungan Filipina.