Indonesia Ke Final, Singkirkan Skuad Muda Malaysia
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Indonesia melangkah ke final selepas berjaya menyingkirkan skuad muda Malaysia.

Pasukan bimbingan Juan Torres turun dengan momentum terbaik tanpa sebarang kekalahan pada peringkat kumpulan.

Ad

Usaha mencari jaringan bermula seawal minit pertama dengan skuad muda negara mendominasi sebahagian besar perlawanan.

Ad

Tekanan yang diberikan kepada pasukan bimbingan Indra Sjafri hampir membuahkan hasil namun percubaan Naim Zainudin berjaya diselamatkan.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 0-0.

Ad

Bersambung babak kedua, Indonesia menggandakan asakan untuk memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri.

Ad

Skuad Malaysia B-19 bagaimanapun tidak bernasib baik apabila dibolosi menerusi sepakan percuma hasil rembatan dalam kotak penalti oleh Buffon.

Tambahan masa 6 tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Malaysia tewas tipis 1-0 kepada Indonesia dan bakal bertemu Australia untuk penentuan tempat ke-3.

Thailand bakal menjadi lawan Indonesia pada aksi final yang dijadualkan berlangsung pada 29 Julai 2024.