Indonesia Kini Diperkuat Bintang Muda Liga Perdana Inggeris & Belanda, Justin Hubner
MakanBola
PSSI
Sponsors

Pemain muda berbakat, Justin Hubner bakal memperkuat pasukan kebangsaan Indonesia apabila disahkan menerima kerakyatan negara itu.

Pemain pertahanan berusia 20 tahun itu secara rasmi memperoleh kerakyatan Indonesia setelah mengangkat sumpah sebagai warganegara di Pejabat Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia Wilayah DKI Jakarta.

Ad
Sponsors

“Hari ini, saya Ibnu Chuldun, secara rasminya mengambil sumpah saudara menjadi Warga Negara Indonesia (WNI), kata Ibnu Chuldun yang merupakan Ketua Pejabat Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia Wilayah DKI Jakarta.

Ad

“Semoga saudara sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk dari tuhan yang Maha Esa dalam melaksanakan kewajipan sebagai warganegara Indonesia,” tambahnya lagi.

Dengan ini, Justin Hubner kini layak untuk mewakili Indonesia di perlawanan peringkat antarabangsa dan pastinya ramai peminat berasa teruja untuk menyaksikan pemain tersebut menyarung jersi Sang Garuda.

Ad

Namun begitu, Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) perlu segera menyelesaikan pertukaran status persekutuan Justin di FIFA dari KNVB Belanda kepada PSSI untuk membolehkan beliau mewakili Indonesia.

Ad

Justin Hubner mempunyai darah Indonesia daripada datuknya, Ferdinand Rudolf Hubner, yang dilahirkan di Makassar, Sulawesi Selatan, pada 11 Ogos 1948.

Sebelum ini, beliau pernah memakai lilitan kapten untuk skuad kebangsaan Belanda bawah 20 tahun dan telah melakukan sebanyak 8 penampilan bersama skuad muda The Oranje itu.

Beliau kini sedang beraksi di England bersama kelab Wolverhampton Wanderers bawah 21 tahun dan merupakan kapten untuk skuad bawah umur kelab berkenaan.

Pada 2 Disember 2023 yang lalu, beliau dinaikkan pangkat ke skuad utama bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal dan diletakkan di bangku simpanan sepanjang 90 minit permainan oleh pengurus Wolverhampton Wanderers, Gary O’Neil.