Indonesia Layak Ke Piala Dunia B-17
MakanBola
Timnas Indonesia
Sponsors

Indonesia berhasil mengesahkan tempat ke Piala Dunia B-17 setelah mara ke suku akhir Piala Asia B-17 dengan mengatasi Yemen pada Isnin.

Setelah mengejutkan Korea Selatan dalam aksi pertama Piala Asia B-17, Indonesia turun dengan misi merekodkan satu lagi kemenangan ke atas Yemen yang menewaskan Afghanistan.

Ad

Kemenangan bakal memastikan tiket ke suku akhir Piala Asia B-17 dan juga membawa Indonesia ke Piala Dunia yang akan berlangsung di Qatar bersama 8 lagi negara dari benua Asia ini.

Ad

Permulaan cemerlang ditampilkan oleh anak-anak buah Nova Arianto apabila berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-15 hasil rembatan jarak jauh oleh Zahaby Gholy yang terus ke gawang.

10 minit kemudian, Indonesia sekali lagi menambah kelebihan dengan gol kedua menerusi Fadly Alberto setelah menerima hantaran lolos Zahaby Gholy untuk menceriakan kem Sang Garuda.

Ad

Kembali dari rehat, Yemen kembali merapatkan kedudukan dengan jaringan pertama menerusi sepakan penalti yang disudahkan oleh Mohammed Al-Garash pada minit ke-52.

Ad

5 minit sebelum aksi tamat, giliran Indonesia pula diberikan sepakan penalti dan tugas itu disempurnakan dengan baik oleh Evandra Florasta yang mudah menewaskan penjaga gol Yemen.

Ad

Evandra Florasta sekali lagi melakar nama selaku penjaring dengan gol keempat buat Indonesia pada penghujung aksi sekaligus menoktahkan malam gemilang untuk wakil Asia Tenggara itu.

Tamat aksi, Indonesia 4-1 Yemen.

Kemenangan ke atas Yemen ini mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Asia B-17 serta memastikan slot automatik buat pasukan muda Indonesia ke Piala Dunia B-17 bersama Qatar, Arab Saudi dan Uzbekistan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments