Indonesia Mahu Kalahkan Iraq
Asia Tenggara
Timnas Indonesia
Advertisements

Pemain sayap Indonesia, Egy Maulana Vikri percaya pasukan itu memiliki keupayaan untuk mengejutkan pasukan hebat dari Asia Barat, Iraq.

Tim Garuda berdepan tugas sukar untuk aksi pertama kelayakan Kumpulan F. Ini kerana dari segi ranking, Iraq berada di tangga ke-68 berbanding Indonesia (ranking ke-145).

Walaupun mengakui pasukan yang dibimbing Jesus Casas itu pasukan yang hebat, Egy percaya kejutan boleh dilakar Timnas Indonesia.

Advertisements

Begitupun, pemain sayap Dewa United itu mengingatkan rakan-rakan sepasukannya agar bekerja keras kerana Singa Mesopotamia itu pasti menjanjikan tentangan sengit kepada mereka.

“Kami telah melihat video pertandingan Irak sebelumnya, mereka adalah tim yang sangat bagus, tapi kami datang ke sini untuk menang.

“Kami akan bekerja keras bersama bahu membahu, sesuai arahan pelatih. Pelatih sudah memberi tahu kami beberapa taktik bagaimana nanti akan menghadapi dan mengalahkan Irak.

Advertisements

“Akan menjadi laga yang sulit, seperti yang sudah saya katakan sebelumnya, kami datang untuk meraih kemenangan di sini,” katanya seperti dipetik laman sesawang rasmi PSSI.

Indonesia akan turun menentang Iraq di Stadium Antarabangsa Basra pada 16 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram