Skuad futsal Indonesia bermula langkah kanan pada aksi pertama Kelayakan Futsal Asia 2024 yang berlangsung di Arab Saudi hari ini.
Timnas Indonesia menurunkan skuad terbaik dengan membariskan Sauqi Saad, Habibie, Rio Pangestu, Runtuboy dan Samuel Eko dalam perlawanan menentang Macau.
Anak buah Marcos Sorato berjaya menumbangkan Macau, 12 berbalas 0.
Lima ledakan pengempur utama, Sauqi Saad disusuli hatrik Evan Soumilena mewarnai malam gemilang Indonesia di gelanggang Green Hall, Damman.
Empat lagi jaringan Indonesia disumbangkan oleh dua jaringan OG, serta satu gol dari Evan Soumilena dan Ardiansyah.
Aksi pertama saingan Kumpulan B ini menyaksikan tiga mata berjaya diraih Skuad Garuda.
Perlawanan seterusnya menyaksikan Indonesia bakal berdepan Afghanistan pada Isnin, 9 Oktober sebelum berdepan pasukan tuan rumah, Arab Saudi pada Rabu, 11 Oktober 2023.